Lebih 1,500 jemaah hadir ceramah Ustaz Abdullah Khairi

Ustaz Abdullah Khairi menyampaikan kuliah bertajuk Kematian Yang Dicemburui di Masjid Al-Syakirin Gombak pada Sabtu.
Ustaz Abdullah Khairi menyampaikan kuliah bertajuk Kematian Yang Dicemburui di Masjid Al-Syakirin Gombak pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi tidak berdepan masalah atau sekatan untuk mengadakan ceramah di Selangor susulan mempunyai tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kuliah Maghrib beliau di Masjid Al-Syakirin Gombak pada Sabtu mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 1,500 jemaah.

Nazir Masjid Al-Syakirin, Mohd Aznil Zulkifli berkata, jumlah itu melebihi sasaran ditetapkan apabila kuliah bertajuk 'Kematian Yang Dicemburui' turut dimeriahkan dengan kehadiran kariah luar.

"Memang tidak sangka program mendapat sambutan luar biasa berbanding hari-hari biasa.

"Ingat cuti sekolah orang tak ramai jadi kami sediakan makanan pun untuk 800 orang sahaja, tetapi jemaah yang hadir lebih ramai daripada sasaran tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Masjid Al-Syakirin Gombak dipenuhi orang ramai yang hadir ke kuliah Maghrib disampaikan Ustaz Abdullah pada Sabtu.
Masjid Al-Syakirin Gombak dipenuhi orang ramai yang hadir ke kuliah Maghrib disampaikan Ustaz Abdullah pada Sabtu.

Pada program itu, pihak masjid turut melancarkan tabung pembangunan untuk tambah baik tandas.

Artikel Berkaitan:

Dianggarkan sebanyak RM150,000 diperlukan bagi tujuan tersebut dan sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Masjid Al Syakirin 12113010028083.

Mohd Aznil berkata, program berjalan lancar dan tidak timbul isu tidak mengikut prosedur atau melanggar ketetapan JAIS.

"Kita sudah semak dalam portal tauliah dan nama beliau tersenarai di dalamnya.

"Sebelum diadakan program juga, kami telah kongsikan hebahan tersebut ke kumpulan nazir-nazir dan PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) pun tiada beri teguran bermaksud tiada apa-apa (masalah)," katanya.

Tambah Mohd Aznil, jika program menyalahi peraturan pastinya JAIS mahupun PAID tidak membenarkan program tersebut diteruskan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak masjid ada menyusun kalendar program tahunan yang menyediakan pengisian program besar membabitkan penceramah terkenal.

Ustaz Abdullah Khairi sempat bergambar bersama anak-anak yang hadir pada kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin Gombak pada Sabtu.
Ustaz Abdullah Khairi sempat bergambar bersama anak-anak yang hadir pada kuliah Maghrib di Masjid Al-Syakirin Gombak pada Sabtu.

Menurut Mohd Aznil, langkah tersebut sebagai galakan untuk lebih ramai jemaah hadir memeriahkan program keagamaan dan kerohanian.

"Kita dalam perancangan untuk program Maulidur Rasul babitkan kuliah duha dan ceramah perdana yang biasanya akan panggil ceramah terkenal.

"Namun kita bergantung kepada bajet, target kita pada bulan kebesaran Islam, kita akan undang penceramah yang ada nama," katanya.

JAIS sebelum ini mengingatkan pihak masjid dan surau untuk memastikan penceramah yang diundang mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Ujar beliau, pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016,