Gabungan Pas-UMNO tidak mengejutkan, kata pakar

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Penggabungan atau kerjasama secara rasmi antara UMNO dan Pas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak mengejutkan berdasarkan kepada suasana politik semasa.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, andaian itu berdasarkan kepada peningkatan sokongan yang tinggi daripada orang Melayu Islam terhadap kedua-dua parti berkenaan ketika ini yang memungkinkan untuk kedua-dua parti menjalinkan kerjasama rasmi.

“Harus diingat, jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing masih terus memimpin Pas dan UMNO, maka potensi kedua-dua parti untuk bekerjasama rasmi atau bergabung adalah tinggi.

“Malah ahli kedua-dua parti tidak langsung bersuara menentang usaha tersebut kerana mereka mempercayai UMNO dan Pas platform terbaik masa kini untuk membela orang Melayu Islam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, masih terlalu awal untuk menjangkakan kenyataan Abdul Hadi berkenaan.

Katanya, kemungkinan dalam dua atau tiga tahun akan datang sentimen akar umbi Pas dan UMNO akan bertukar.

“Misalnya kemungkinan teraju kepimpinan Pas akan bertukar termasuk kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden atau Pas dipikat Pakatan Harapan (PH) dengan tawaran politik yang lebih baik lagi daripada tawaran politik UMNO terhadap Pas ketika itu.

“Semuanya serba kemungkinan dan takdir politik hari ini tak sama dengan takdir politik akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan: