Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Johari

KUCHING - Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peta tersebut tidak mempunyai ikatan perundangan atau kuasa terhadap Malaysia, dan ia tidak selaras dengan undang-undang laut antarabangsa.
Beliau berkata, pendirian Sarawak mengenai perkara itu adalah sama seperti kerajaan Persekutuan.
"Peta itu tidak jejaskan kami. Terdapat undang-undang laut antarabangsa yang anda (negara) perlu patuhi. Undang-undang ini di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan China merupakan negara anggota PBB.