Perpaduan perlu dipertahan, asas kegemilangan negara - Pakar

Para peserta persembahan mewarnai sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada Khamis. Gambar kecil: Mujibu
Para peserta persembahan mewarnai sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada Khamis. Gambar kecil: Mujibu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perpaduan antara kaum dalam negara yang menjadi keunikan Malaysia di mata dunia, perlu dipertahankan kerana ia tunggak kepada kegemilangan negara.

Sesuai konsep ‘Jiwa Merdeka’ ditekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat Hari Kebangsaan 2023, lahir hasil kemerdekaan negara merupakan ‘harta’ tidak ternilai, yang perlu ditatang setiap kaum ‘bagai minyak yang penuh’.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, konsep itu yang menuntut semua pihak memaknai kemerdekaan dari segi jiwa dan pemikiran yang merdeka, selari hakikat bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, dengan dinamik sosial yang perlu dihormati semua.

“Negara ini milik bersama dan semua pihak perlu hormati kontrak sosial dan fahaman bahawa semua warga Malaysia berhak mengamalkan budaya dan fahaman masing masing.

“Semangat ini juga perlu bagi mengikis bahana ataupun fahaman kaum, agama yang sempit,” katanya kepada Bernama.

Anwar ketika menyampaikan amanat Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya, antara lain menekankan pentingnya perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan negara, bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat.

Mujibu yang merupakan Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, segenap lapisan masyarakat juga berperanan memastikan negara bebas ancaman idealisme politik dan perkauman, yang menyekat kemajuan negara.

Artikel Berkaitan: