Modul Hadis 40 Imam Nawawi diteruskan untuk pelajar beragama Islam

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan perbincangan dengan 16 NGO berhubung pelaksanaan inisiatif Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pada Selasa.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan perbincangan dengan 16 NGO berhubung pelaksanaan inisiatif Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan diteruskan untuk guru dan pelajar beragama Islam sahaja kerana signifikan bagi menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

Pejabat Menteri Pendidikan dalam kenyataan berkata, pelaksanaan modul itu tidak akan melibatkan pelajar bukan Islam.

"Projek rintis ini melibatkan guru dan pelajar beragama Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan dikembangkan ke sekolah dan kelas daripada mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja.

"KPM komited untuk melaksanakan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kerana ia akan memberi impak positif dan gambaran sebenar mengenai nilai-nilai kesejagatan Islam serta pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya pada Rabu.

Sebelum itu, isu berkenaan mencetuskan polemik apabila mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik.

Tambah kenyataan itu, sesi pertemuan bersama 16 NGO yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat pada Selasa akan terus dilaksanakan dari masa ke masa bagi menyampaikan maklumat tepat mengenai inisiatif kementerian itu.

"Ruang dialog juga dibuka seluasnya selaras dengan salah satu teras utama KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi antara kementerian dengan setiap pemegang taruh," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

Artikel Berkaitan:

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

'Usah jadi hero dalam isu hadis 40' - Ahmad Fadhli

KPM sedia bincang kekeliruan pelaksanaan modul penghayatan hadis

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!