Pelbagai aktiviti menarik di Genting Highlands

Antara aktiviti menarik yang diadakan di Genting Highlands sempena Hari Kebangsaan.
Antara aktiviti menarik yang diadakan di Genting Highlands sempena Hari Kebangsaan.
A
A
A

SHAH ALAM – Resorts World Genting menawarkan percutian menarik dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran hebat yang menyeronokkan direka khas sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 dengan #RWGMerdekaCaraKita di Genting Highlands.

Resorts World Genting dalam satu kenyataan berkata, antara aktiviti yang ditawarkan ialah pesta trak makanan di bawah bintang di Resorts World Awana, pertunjukan SkySymphony ‘Merdeka Cara Kita’ SkyAvenue, magis waktu malam di Gohtong Way, Central Park dan Kiraan Detik Hari Kebangsaan di Gohtong Way.

Menurut kenyataan itu, menerusi pesta trak makanan di bawah bintang di Resorts World Awana, orang ramai boleh menikmati pelbagai jenis makanan seperti Nacholaslah, Harimau Lok Lok, Shell Out Fusion, Pak Tam Char Kway Teow, Mat Rock Ayam Kunyit dan Mimie Coconut Shake.

“Resorts World Genting juga menyediakan pertunjukan SkySymphony yang dimainkan setiap jam bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Selain itu, bermula jam 8.30 malam pada 30 Ogos pula, Resorts World Genting mengadakan pertunjukan perdana, Merdeka Cara Kita yang menyediakan tarian 1,001 bola kinetik digantung dari siling empat tingkat dalam irama sempurna dengan simfoni lampu, muzik dan teknologi akan dipertontonkan,” jelas kenyataan itu.

Pelbagai menu lazat disediakan di pesta trak makanan di bawah bintang di Resorts World Awana, Genting Highlands.
Pelbagai menu lazat disediakan di pesta trak makanan di bawah bintang di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Menurut kenyataan itu, pertunjukan tersebut akan menyaksikan Mia menggunakan bola futuristik dan mendarat di Kuala Lumpur moden.

“Dalam pengembaraannya untuk menerokai warisan budaya Malaysia, beliau diiringi oleh Awan, Siamang yang pandai menari.

Artikel Berkaitan:

"Mereka mengambil bahagian dalam beberapa siri aktiviti kebudayaan, yang membawa kepada persembahan akhir di Resorts World Genting bertemakan #RWGMerdekaCaraKita, meraikan kesepakatan, kepelbagaian dan keharmonian negara kita,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, di Gohtong Way, Central Park yang terletak di Taman Tema Genting SkyWorlds, orang ramai juga boleh menikmati pelbagai makanan, persembahan muzik, pertunjukan air dan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris 2023/24 secara langsung.

“Menjelang Hari Kebangsaan, kami akan mengadakan pertunjukan bunga api di Gohtong Way yang akan berubah menjadi pemandangan berkilauan.

"Sertai kiraan detik pada jam 11:59 malam dan berseronok dengan piroteknik yang menakjubkan, meraikan kemajuan dan perpaduan negara kita,” kata kenyataan itu.