Ular tedung dalam bilik air

Ular tedung yang ditemui seorang kanak-kanak ketika memasuki bilik air di rumahnya di Jalan Arowana semalam.
Ular tedung yang ditemui seorang kanak-kanak ketika memasuki bilik air di rumahnya di Jalan Arowana semalam.
A
A
A

ULU YAM - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular tedung sepanjang 2.5 meter dalam bilik air sebuah rumah di Jalan Arowana dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kelibat reptilia berbisa itu disedari seorang kanak-kanak sebaik memasuki bilik air untuk mandi sebelum menjerit memberitahu ibunya yang berada di ruang tamu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Hulu Selangor, Kapten (PA) Hilmi Husman berkata, ibu kepada kanak-kanak terbabit turut cemas apabila ular berkenaan mengembangkan kepala.

Menurutnya, suri rumah itu menghubungi APM sebelum lima anggota diketuai Koperal (PA) Mohd Firdaus Abd Samad bergegas ke lokasi.

"Anggota APM mendapati seekor ular tedung berada di bilik air rumah berkenaan.

"Mereka berjaya menangkap ular itu dan dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebelum dilepaskan ke habitat asal yang lebih selamat dan jauh dari penempatan penduduk.

"Kes berkaitan kehadiran ular di kawasan kediaman meningkat berikutan cuaca panas dan tidak menentu ketika ini," katanya.

Justeru Hilmi menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran terutama di dalam rumah.

Artikel Berkaitan: