Tadabbur selepas selesai khatam al-Quran

Peserta yang menyertai Festival Quran (Quran Fest) dan Malaysia #QuranHour Terengganu di
Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA
Peserta yang menyertai Festival Quran (Quran Fest) dan Malaysia #QuranHour Terengganu di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program Malaysia #QuranHour di Terengganu menampilkan kelainan pada tahun ini dengan menganjurkan sesi tadabbur secara ringkas selepas selesai majlis khatam al-Quran.

Pengarah program Festival Quran (Quran Fest) dan Malaysia #QuranHour Terengganu, Muhammad Syafiq Mohd Sakri berkata, pelbagai pengisian diadakan bermula semalam di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus sempena Malaysia #QuranHour di Terengganu.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bagi memastikan orang ramai bukan hanya sekadar pandai membaca dan menghafal malah turut memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran.

"Setakat ini penyertaan daripada orang ramai amat mengalakkan dan sejak semalam sehingga hari ini sudah mencecah 100 orang sertai slot khatam al-Quran.

"Selepas selesai khatam al-Quran, kita ada sesi tadabbur secara ringkas mengikut juzuk selama setengah jam untuk meningkatkan pemahaman mengenai setiap isi kandungan ayat-ayat al-Quran.

"Usaha ini dapat meningkatkan minat orang muda membaca al-Quran sekali gus memperluaskan lagi ilmu tadabbur kepada mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Syafiq berkata, sambutan hangat daripada kalangan anak muda di Terengganu susulan ada yang menjadi ahli jawatankuasa untuk terlibat sama bagi menjayakan program tersebut.

Selain itu, katanya, pelbagai pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program diadakan sejak semalam antaranya antaranya bengkel tajwid, tadabur dan forum.

"Penyertaan daripada orang ramai dapat mengalakkan amalan membaca dan menghafal surah dengan betul sekali gus menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam kehidupan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Masjid UniSZA menjadi lokasi perdana bagi program tahunan Malaysia #QuranHour di Terengganu yang akan diadakan serentak pada 30 Ogos.

Penganjuran acara itu di Terengganu pada kali ini menampilkan beberapa kelainan antaranya dimulakan dengan Quran Fest selama tiga hari sebelum acara kemuncak yang dijadualkan pada esok.

Malaysia #QuranHour yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini bakal membawa agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam misi 'Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar'.

Acara yang memasuki tahun kesembilan itu juga akan bersiaran langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 12 hingga 1 tengah hari.