Dua lelaki Myanmar aktif pecah rumah diberkas

Mohd Azam.
Mohd Azam.
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki Myanmar yang menyasarkan kawasan perumahan tiada pengawal keselamatan sebelum melakukan pecah rumah telah diberkas di Kampung Baru Ampang, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan itu adalah susulan laporan seorang mekanik berusia 29 tahun menyedari rumahnya di Taman Melur di sini, dipecah masuk pada 8.30 pagi, Isnin.

"Mangsa yang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memecah masuk kediamannya dan mengambil seutas jam tangan berjenama serta alat pengecas bateri," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Mohd Azam berkata, pihaknya telah memberkas dua suspek tersebut pada jam 12.30 tengah malam.

"Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah dan suspek kedua pula ada empat rekod jenayah dan narkotik.

"Ujian air kencing ke atas suspek pertama dan suspek kedua positif dadah amphetamine, methamphetamin dan morphine," katanya.

Beliau berkata, polis merampas sebuah bagasi, tujuh utas jam tangan pelbagai jenama, sebuah alat pengecas bateri, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, sehelai baju warna hitam dan sehelai seluar.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: