Calon PRK dinasihatkan tidak sentuh isu 3R

Kesemua parti serta kumpulan penyokong agar menghormati antara satu sama lain. - Gambar hiasan
Kesemua parti serta kumpulan penyokong agar menghormati antara satu sama lain. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR - Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihatkan agar tidak menyentuh isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja (3R) ketika berkempen bagi mengekalkan ketenteraman awam.

Menurut jurucakap media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi PRK Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som, tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika didapati menyentuh isu berkenaan.

"Setiap calon yang ingin mengadakan kempen pilihan raya perlu mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan tidak menyentuh isu 3R.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Untuk rekod, Polis Johor telah meluluskan sebanyak dua permit ceramah dan 18 permit kempen bagi kawasan Parlimen Pulai manakala dua permit ceramah dan tiga permit kempen bagi kawasan DUN Simpang Jeram sempena PRK kali ini.

Bagaimanapun difahamkan, sehingga kini, tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung perkara berkenaan.

Polis Johor turut menasihati kesemua parti serta kumpulan penyokong agar menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster-poster, bendera, kain rentang mana-mana parti politik dengan mencabut atau membakar peralatan berkenaan.

Tindakan sedemikian merupakan satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar

PRK: Pasang kain rentang untuk pecah belah perpaduan BN-PH

'Gelombang rakyat' dikatakan PN hanya temberang - Ahmad Maslan

PRK: Nazri fokus isu kebajikan veteran tentera

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai