Sultan Johor bertemu Ratu Elizabeth II

Sultan Ibrahim (kanan) beramah mesra bersama Ratu Elizabeth II (dua dari kiri) dan Putera Andrew (kiri) pada majlis itu. - Foto Royal Press Office
Sultan Ibrahim (kanan) beramah mesra bersama Ratu Elizabeth II (dua dari kiri) dan Putera Andrew (kiri) pada majlis itu. - Foto Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertemu Permaisuri United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II ketika menghadiri Pertunjukan Kuda Windsor yang berlangsung di England, kelmarin.

Acara kuda tahunan antara paling berprestij di dunia itu disertai Sultan Ibrahim selepas baginda menerima jemputan khas, Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Salman Al-Khalifa.

Sultan Johor yang memang berpengetahuan luas serta amat meminati sukan berkuda turut berkesempatan meluangkan masa bersama Ratu Elizabeth II selepas kerabat itu hadir bagi merasmikan acara berkenaan.

Dalam majlis sama, Sultan Johor berkenan menemui anak kedua Ratu Elizabeth II, Duke Of York, Putera Andrew yang juga telah beberapa kali berkunjung ke negeri ini untuk bertemu baginda.

Sultan Ibrahim bersama Raja Hamad Isa (dua dari kanan), Ratu Elizabeth (tiga dari kanan) dan Putera Andrew ketika mengadakan pertemuan tersebut.- Foto Royal Press Office
Sultan Ibrahim bersama Raja Hamad Isa (dua dari kanan), Ratu Elizabeth (tiga dari kanan) dan Putera Andrew ketika mengadakan pertemuan tersebut.- Foto Royal Press Office

Perbualan santai itu turut menyaksikan Sultan Johor bersama Putera Andrew menerangkan kepada Ratu Elizabeth mengenai pembangunan pesat di negeri Johor dengan pelbagai sektor yang menjadi tunjang ekonomi termasuk pertanian dan perindustrian.

Sultan Ibrahim turut memaklumkan negeri ini turut menjadi destinasi pilihan beberapa syarikat British, termasuk Dyson - pengeluar produk elektrik perumahan yang tersohor.

Selain itu, pengisian lain yang dibicarakan juga adalah termasuk institusi pendidikan berprestij dari Britain yang membuka kampus mereka di Johor.

Artikel Berkaitan: