Usah jadikan PRK medan rosakkan hubungan masyarakat - Nazri

Nazri (tengah) selepas penamaan calon pada Sabtu.
Nazri (tengah) selepas penamaan calon pada Sabtu.
A
A
A

MUAR - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diharap tidak dijadikan medan bagi merosakkan hubungan baik sesama masyarakat.

Perkara itu ditegaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yang berharap agar kempen selama 14 hari itu berjalan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini.

"Kesemua calon yang bertanding kali ini juga merupakan anak jati di sini dan saling mengenai antara satu sama lain.

“Jadi kita harapkan perjalanan kempen PRK Dun Simpang Jeram ini lancar dan aman kerana dua lagi calon yang bertanding merupakan 'kawan-kawan,' " katanya sejurus selesai proses penamaan calon pada Sabtu.

Sementara itu, Nazri berkata, fokusnya kini adalah untuk menyantuni pengundi selain berusaha mengatasi permasalahan yang ada ada.

Justeru katanya, perjalanan kempen perlulah berjalan lancar dan aman sehinggalah ke hari mengundi pada 9 September nanti.

"Oleh itu, dalam apa juga keadaan, biarlah perjalanan kempen ini berlangsung tanpa ada sebarang kekacauan.

"Kita risau, kalau itu yang berlaku ia akan turut merosakkan hubungan sesama sendiri," katanya

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai