PM merafak sembah sempena ulang tahun keputeraan Agong

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka yang ke-64.

Anwar juga mendoakan agar kepada Seri Paduka Baginda kesejahteraan, kesihatan dan kedaulatan serta terus menjadi lambang perpaduan kepada negara.

“Semoga baginda kekal karar (tetap) memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia yang tercinta.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.

“Dirgahayu Tuanku,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.