Silva setia bersama City

Silva - Foto Agensi
Silva - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tengah, Bernardo Silva akan terus bersama Manchester City sehingga 2026 selepas dia menandatangani kontrak baharu bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Silva dikhabarkan mahu meninggalkan Stadium Etihad dengan gergasi Sepanyol, Barcelona ​​dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.

Bagaimanapun, sebarang teka-teki sudah terjawab apabila pemain Portugal itu memperbaharui ikatan bersama pemenang treble musim lepas itu selepas kontraknya sebelum ini bakal berakhir pada 2025.

"Saya melalui tempoh enam tahun yang luar biasa di Manchester City. Berasa gembira untuk melanjutkan karier di sini.

"Saya akan masuk musim ketujuh di City. Sejak tiba di sini, hanya satu musim kami tidak berjaya.

"Jadi berada di sini sehingga sekarang membolehkan saya menjulang trofi dan memenangi perlawanan. Saya sukakan kemenangan," ujar Silva menerusi laman web kelab itu.

Silva menyertai City pada 2017 dan sudah menyumbat 55 gol daripada 308 penampilan.

Dia juga cemerlang memenangi banyak trofi di bawah kendalian jurulatih, Pep Guardiola - lima gelaran EPL, dua Piala FA, empat Piala Liga dan satu Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan:

Pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain memuji karakter Silva yang disifatkan sebagai seorang pemain yang sangat profesional.

"Bernardo (Silva) sangat luar biasa sepanjang berada di Etihad. Kami gembira kerana dia sudah menandatangani lanjutan kontrak dengan kelab.

"Kualiti dan keupayaan teknikalnya sangat hebat, selain sifat kerja keras serta sangat profesional. Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Bernardo sangat penting pada musim, kami memenangi gelaran treble. Kami pasti dia boleh membantu memenangi lebih banyak trofi dalam tempoh beberapa lagi," ujar Begiristain.