Portfolio Exco Selangor diputuskan selepas pertemuan dengan PM

Amirudin (depan, tengah) mengetuai ikrar pada Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar di Shah Alam pada Selasa..
Amirudin (depan, tengah) mengetuai ikrar pada Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar di Shah Alam pada Selasa..
A
A
A

SHAH ALAM - Kedudukan portfolio Exco Selangor yang baru dilantik akan diputuskan selepas selesai perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu berkata, senarai lengkap akan diumumkan selepas mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu.

"Kita esok akan melaksanakan mesyuarat Exco kali pertama dan saya akan memuktamadkan portfolio masing-masing atau Exco terbabit.

"Sebentar nanti, saya akan berbincang dengan pihak pimpinan utama diikuti petang dan malam saya akan bersama PMX untuk memuktamadkan senarai tersebut.

"Dan esok selepas mesyuarat (Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang) pertama saya akan maklumkan kepada mereka," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Dalam pada itu, Amirudin turut memaklumkan portfolio bagi Exco Selangor yang baru dilantik juga akan diselaraskan semula sesuai dengan portfolio di peringkat Persekutuan.

"Kita terpaksa selaraskan semula sesuai dengan portfolio di peringkat Persekutuan, sebab ada kementerian-kementerian baharu kos sara hidup sebagai contohnya di peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

"Ini antara perkara yang cuba kita adaptasi... perubahan iklim sebagai contohnya, perkara yang kita perlu tengok sebab akhirnya tugasan kita juga perlu berurusan dengan pihak Persekutuan," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kekal, tujuh muka baharu anggotai Exco Selangor

Portfolio Exco Selangor diumum Rabu ini