Manchester United lepaskan Mason Greenwood

Mason Greenwood - FOTO EPA
Mason Greenwood - FOTO EPA
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Mason Greenwood akan meninggalkan Old Trafford, kata kelab dan pemain itu dalam kenyataan pada Isnin.

Greenwood digantung oleh United pada Januari 2022 selepas perlakuannya itu mula tersebar di media sosial dan kemudian didakwa atas tuduhan cubaan merogol, gagal mengawal tingkah laku dan serangan pada Oktober lalu.

Dia sepatutnya dibicarakan pada 27 November tahun ini tetapi semua pertuduhan jenayah terhadapnya telah digugurkan pada Februari.

United berkata, siasatan mereka bermula sebaik sahaja pertuduhan digugurkan.

“Berdasarkan bukti yang ada, kami telah membuat kesimpulan bahawa bahan yang disiarkan dalam talian tidak memberikan gambaran penuh dan bahawa Mason tidak melakukan kesalahan berkenaan.

"Namun, semua mereka yang terlibat, termasuk Mason menyedari kesukaran untuk dia memulakan semula kerjayanya di Manchester United.

“Oleh itu, telah dipersetujui bersama bahawa adalah paling sesuai untuk dia meninggalkan Old Trafford, dan kami kini akan bekerjasama dengan Mason untuk mencapai keputusan itu,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Greenwood menyifatkan dia telah membuat kesilapan, namun menafikan melakukan perkara yang telah dituduh kepadanya.

Artikel Berkaitan:

“Keputusan hari ini adalah sebahagian daripada proses kerjasama antara Manchester United, keluarga saya dan saya.

“Keputusan terbaik untuk kita semua adalah untuk saya meneruskan karier bola sepak di luar Old Trafford, di mana kehadiran saya tidak akan mengganggu kelab," katanya.