PTT Jamborace & Funrace Tasik Kenyir sasar 1,000 penyertaan

Hishamuddin (dua dari kiri) ketika melancarkan PTT XCO Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Ahad.
Hishamuddin (dua dari kiri) ketika melancarkan PTT XCO Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program berbasikal lasak, PTT XCO Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 anjuran syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) bakal menarik lebih 1,000 penyertaan dari seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim berkata, program itu diadakan pada 6 hingga 7 Oktober depan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Menurutnya, Terengganu Inc juga akan menawarkan 10 kategori terbuka kepada peminat basikal berumur seawal 12 tahun hingga 56 tahun dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi setiap kategori.

"Acara sukan ini turut menawarkan nilai ganjaran keseluruhan mencecah RM100,000 yang merupakan antara tertinggi dalam sejarah pertandingan sukan berbasikal lasak di negara ini.

"Selain itu, RM50,000 disediakan bagi cabutan bertuah manakala selebihnya adalah hadiah wang tunai bagi kategori-kategori pertandingan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Soft Launch PTT XCO Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 di Wisma Darul Iman di sini pada Ahad.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun.

Sementara itu, Burhanuddin berkata, anjuran program itu bukan sahaja dapat melonjakkan lagi sektor pelancongan tempatan malah berpotensi menarik minat peminat basikal ke trek berbasikal hutan yang bakal dijadikan kawasan trek tetap.

"Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat menjana pendapatan tambahan.

Artikel Berkaitan:

"Di samping ia mengalakkan sektor ekopelancongan di Pulau Poh menerusi pelbagai aktiviti sukan lasak seperti basikal bukit, trek hutan, jet ski dan sebagainya selain hasil kedudukan dan bentuk muka bumi strategik," ujarnya.