'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya'

Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani. (Gambar kecil: Mohd Rosmaini)
Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani. (Gambar kecil: Mohd Rosmaini)
A
A
A

KLANG - "Allahyarham pernah menyatakan hasrat mahu bantu tampung kos belanja kahwin adik perempuannya," demikian luah rakan kepada Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Khamis lalu.

Mohd Rosmaini Sahlan, 42, berkata rakannya yang merupakan penghantar makanan itu seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

"Arwah pernah luah hasrat yang dia nak bantu adiknya yang bakal melangsungkan perkahwinan.

"Bab kerja memang arwah seorang yang rajin, dia sanggup kerja siang dan malam semata-mata nak bantu adiknya itu," katanya ketika ditemui di Masjid Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Sabtu.

Katanya, dirinya merasakan janggal apabila melihat perubahan sikap Allahyarham kebelakangan ini.

"Dia lebih suka menyendiri sedangkan dia tidak seperti itu, perwatakannya yang saya kenali adalah seorang yang ceria serta peramah.

"Saya tak sangka, itu antara petanda yang dia akan meninggalkan saya dan rakan-rakan lain buat selama-lamanya," katanya.

Jenazah Muhamad Hafiz diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang sebelum dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

ARTIKEL BERKAITAN:

Nahas Elmina: Foodpanda sahkan Muhamad Hafiz 'rider' syarikat itu

Nahas Elmina: Pemandu lori cuba selamatkan penunggang motosikal guna pemadam api

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu