Nahas Elmina: Foodpanda sahkan Muhamad Hafiz 'rider' syarikat itu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda mengesahkan Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, pada Khamis, adalah 'rider' syarikat berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Foodpanda menerusi perkongsian dalam satu hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Foodpanda yang memuat naik poster turut menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita Muhamad Hafiz telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina pada Khamis.

"Beliau merupakan rider terbaik Foodpanda," tulisnya.

Pada Khamis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh mangsa maut termasuk dua daripadanya membabitkan orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada pukul 2.40 petang Khamis.

Selain Muhamad Hafiz, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.

Artikel Berkaitan:

Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini