Sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar

Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina pada Jumaat. - Foto Bernama
Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mayat yang tidak sempurna adalah dengan mendapatkannya daripada tisu atau tulang sebelum melaksanakan proses pemadanan dengan DNA waris mangsa.

Pensyarah Perubatan Pusat Kajian Diagnostik, Teraputik dan Penyiasatan Program Sains Forensik UKM, Dr Noor Hazfalinda Hamzah berkata, sampel DNA boleh didapati daripada sebanyak mungkin tisu dalam badan untuk dipadankan dengan ahli keluarga.

"Kalau masa bedah siasat itu, seandainya masih nampak bulat lagi (secara sempurna), boleh kita hantar untuk DNA. Tetapi seandainya kita dapat cebisan-cebisan organ dalam badan pun masih boleh hantar DNA, boleh diambil daripada tulang atau akhir sekali daripada gigi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program REAKSI-Tragedi Pesawat Terhempas di Elmina terbitan Bernama Radio pada Jumaat.

Menurutnya, walaupun sekiranya mangsa terbakar sehingga 700 darjah Celsius, pihak forensik masih boleh amplifikasikan DNA yang terdapat pada tubuh mangsa.

Dr Noor Hazfalinda berkata, pihak forensik akan menganalisa setiap cebisan yang dijumpai oleh pihak berwajib di tempat kejadian untuk mengenal pasti identiti setiap cebisan berkenaan supaya mayat dapat dipulangkan kepada keluarga dalam keadaan sempurna.

Sementara itu, Pengarah Bahagian DNA Forensik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon berkata, bagi mayat yang tidak sempurna, pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia dan patologi Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil dan menghantar cebisan-cebisan mayat kepada pihak forensik.

"Setiap satu cebisan ini akan dianalisa bagi mendapatkan profil DNA masing-masing. Seterusnya profil DNA ini akan dibuat pemadanan dengan profil DNA waris mangsa,” katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk proses menganalisa DNA, beliau berkata, ia bergantung kepada keadaan sampel yang diterima.

Menurutnya, Pegawai Bahagian DNA Forensik akan terus menjalankan analisa ke atas kesemua sampel yang diterima dan akan bekerja sepanjang masa sehingga semua sampel siap dianalisis.

"Jabatan Kimia Malaysia akan sentiasa memastikan mayat mangsa dapat diserahkan dengan segera kepada waris agar urusan pengebumian dapat dilaksanakan. Kami sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa didahului seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS