Nahas Elmina: Kerajaan salur bantuan untuk keluarga mangsa

Anwar ketika hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi menyantuni waris keluarga mangsa penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16.
Anwar ketika hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi menyantuni waris keluarga mangsa penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan menyalurkan semua bantuan yang diperlukan waris keluarga mangsa penumpang pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut bertujuan bagi meringankan beban keluarga mangsa.

"Sekarang ini kita bagi semua bantuan yang diperlukan untuk uruskan jenazah, semua kelengkapan dan penginapan.

"Selain daripada itu, kerajaan beri bantuan kepada keluarga terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan di pihak keluarga," katanya kepada petugas media di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada waris mangsa yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam tragedi tersebut.

"Saya, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Pahang dan semua yang ada, mengucapkan takziah dan bersabar.

"Tidak ada sesiapa yang boleh jangka dan cuma apa yang boleh dilakukan sekarang adalah mempercepatkan proses forensik dan DNA. Sebaik selesai, semua akan diuruskan oleh kerajaan.

"Saya kutip perkembangan daripada semalam (Khamis), tetapi Alhamdulillah syukur kerana pasukan keselamatan, jabatan agama, forensik hospital dan beberapa badan kebajikan lain daripada kerajaan, persiapan penginapan semua diurus begitu cekap," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, sebuah pesawat dilaporkan terhempas dalam kejadian di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini pada Khamis.

Difahamkan, pesawat itu berlepas dari Langkawi menuju ke Subang.

Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas kira-kira jam 2.40 petang Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini