Kekosongan DUN Pelangai dimaklum kepada SPR dalam masa terdekat

Mohd Shankar (kanan) ketika di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada malam Khamis.
Mohd Shankar (kanan) ketika di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada malam Khamis.
A
A
A
KLANG - Kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang Khamis.

Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.



"Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini malam Jumaat.



Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang merupakan seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas petang Khamis.

Mohd Sharkar berkata, Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi. Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Langkawi, Kedah.

"Mulanya saya keliru sebab ada banyak Johari (di Pahang), tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia," katanya.

Beliau menyifatkan Johari seorang yang rajin dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya berkaitan politik. - Bernama

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

Artikel Berkaitan:

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!