Bot meletup: Seorang kru maut, dua cedera

Mayat kru bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing.- Foto Maritim Malaysia
Mayat kru bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing.- Foto Maritim Malaysia
A
A
A

MERSING - Seorang kru bot meninggal dunia manakala dua lagi cedera apabila bot nelayan yang mereka naiki meletup pada kedudukan empat batu nautika barat laut Pulau Tinggi, sekitar jam 7 pagi Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhmad Arodi Sulaiman, 43.

Katanya, sejurus menerima laporan kejadian itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia, Perkasa 44 yang melakukan rondaan di sekitar perairan Mersing diarah untuk ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

"Setiba di lokasi, anggota Maritim Malaysia mendapati empat mangsa warga tempatan berusia 43 hingga 59 tahun terbabit dalam kejadian itu. Tekong bot dilaporkan selamat.

"Tekong bot terdengar bunyi letupan kuat disyaki berpunca daripada pendingin hawa disusuli api menyambar dan terus terkena kru yang berada di kawasan anjungan bot tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Seorang kru bot meninggal dunia manakala dua lagi cedera apabila bot nelayan yang mereka naiki meletup pada kedudukan empat batu nautika barat laut Pulau Tinggi, sekitar jam 7 pagi Khamis.
Seorang kru bot meninggal dunia manakala dua lagi cedera apabila bot nelayan yang mereka naiki meletup pada kedudukan empat batu nautika barat laut Pulau Tinggi, sekitar jam 7 pagi Khamis.

Menurut Suhaizan, kesemua mangsa dan mayat dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing untuk menerima rawatan lanjut.

"Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

Artikel Berkaitan:

"Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada jabatan dan agensi berkaitan serta komuniti maritim yang pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa terlibat," katanya.