Tular rakaman 'dashcam' pesawat terhempas

Beberapa rakaman tular berhubung insiden pesawat terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, pada Khamis.
Beberapa rakaman tular berhubung insiden pesawat terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Letupan dan api pesawat terhempas hampir mengenai sebuah kereta di Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, pada Khamis.

Kejadian pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas sempat dirakam kamera papan pemuka beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

Berdasarkan paparan pada video berdurasi 19 saat dan 20 saat itu dirakam pada jam 2.42 petang yang menunjukkan api marak ketika pesawat berkenaan terhempas.

Video berkenaan menunjukkan situasi dari bahagian belakang sebuah kenderaan dan satu lagi video dari bahagian depan kenderaan.

Difahamkan, pemandu kereta terbabit kemudian telah memberhentikan kenderaannya untuk melihat kejadian yang berlaku itu.


Rakaman tular berhubung insiden pesawat terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, pada Khamis.
Rakaman tular berhubung insiden pesawat terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, pada Khamis.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Bagaimanapun katanya, pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

Artikel Berkaitan:

"Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal, masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan," katanya.

Hussein berkata, pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari