Kalimah ALLAH: KDN terima imput penambaikan arahan pentadbiran

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperolehi input dan cadangan dalam urusan penyediaan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan isu penggunaan kalimah 'ALLAH' agar selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.

KDN, dalam kenyataan, memaklumkan cadangan itu diterima pada Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Perundangan Sivil dan Syariah yang diadakan di kementerian itu, hari ini.

"Majlis ini adalah bertujuan untuk mendapatkan cadangan dan pandangan secara kolektif dari aspek perundangan sivil dan syariah sebagai salah satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah 'Allah'," menurut KDN.

Turut serta ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama 25 pengamal undang-undang dari Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Islam, Majlis Profesor, dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim atau Syarie.

Pada majlis itu, jemputan diberikan ruang untuk membincangkan mengenai pendekatan perundangan khususnya dari sudut cadangan pengemaskinian Arahan Pentadbiran KDN, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di lapangan dan punca kuasa kerajaan berdasarkan segregasi kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: