Posmen jadi duta kecil semarakkan semangat patriotik

Nasrudin (kanan) melekatkan bendera pada motosikal posmen sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Nasrudin (kanan) melekatkan bendera pada motosikal posmen sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.
A
A
A

ALOR SETAR - Kakitangan Posmen menjadi antara duta kecil di negeri ini dalam usaha menyemarakkan semangat patriotik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pengarah Penerangan Kedah, Nasrudin Mahmud berkata, kakitangan posmen mengambil inisiatif melekatkan bendera Jalur Gemilang di motosikal mereka sebagai simbolik mengajak orang ramai melakukan perkara sama.

"Posmen ini pasang bendera di motosikal masing-masing dan setiap hari mereka akan masuk ke semua kawasan kampung dan bandar untuk menghantar surat.

"Secara tidak langsung, masyarakat dapat lihat dan turut rasa terinspirasi melekatkan bendera pada kenderaan dan rumah mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar Alor Setar, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Kedah/Perlis, Yushaini Yusoff.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, sepanjang tempoh Hari Kebangsaan, sebanyak lima program utama telah dan akan dijalankan oleh Jabatan Penerangan dalam usaha untuk memupuk semangat cintakan negara dalam setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

Artikel Berkaitan: