Ringgit mulakan dagangan rendah berbanding dolar AS pagi Rabu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS dengan mata wang dolar dilihat mengukuh didorong data Jualan Runcit Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan pada Selasa, kata penganalisis.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6425/6450 berbanding dolar AS daripada 4.6335/6385 pada penutup pada Selasa.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, Jualan Runcit AS meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada bulan Julai, mengatasi anggaran konsensus antara 0.4 dan 0.3 peratus.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan meningkatkan jangkaan ekonomi AS yang kian tegang dan ini boleh memberi tekanan kepada Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menerima pakai dasar monetari yang lebih ketat dalam beberapa bulan akan datang.

"Dari sudut pandangan teknikal, penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan bacaan 63.34 pada carta harian, menandakan dolar-ringgit AS boleh bergerak ke arah 4.6900 dalam beberapa minggu,” katanya kepada Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata, percanggahan dalam dasar monetari China juga akan menjadikan dolar AS lebih menarik dari sudut perbezaan kadar faedah.

"Kami menjangkakan ASD/MYR akan kekal sekitar RM4.63-RM4.64 dalam tempoh terdekat," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1885/1905 daripada 3.1830/1867 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8937/8968 daripada 5.8966/9030 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0617/0644 daripada 5.0690/0745 sebelumnya.

Pada masa yang sama, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai pada 13.0918/1030 daripada 13.0908/1105 pada Selasa dan lemah berbanding peso Filipina menjadi 8.17/8.19 daripada 8.15/8.16 pada .

Mata wang tempatan turut menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4156/4180 daripada 3.4155/4197 pada penutupan dagangan Selasa dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.5/302.9 daripada 301.9/302.4 sebelumnya. - Bernama