[VIDEO] Portfolio Exco Kelantan ada perubahan - MB Kelantan

A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memberi bayangan portfolio Exco Kerajaan Kelantan akan mengalami perubahan.

"Ada perubahan sikit, sikit, tapi kita akan maklum kemudian.

"Sebab kita sedang menyusun kembali, lagipun semalam (Selasa) baru pelantikan," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu beliau melaporkan diri pada hari pertama sebagai Menteri Besar di Kompleks Darulnaim di sini.

Menurut beliau, pihaknya akan memaklumkan perubahan itu dalam masa terdekat.

Barisan kepimpinan baharu kerajaan Kelantan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada Selasa.
Barisan kepimpinan baharu kerajaan Kelantan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada Selasa.

Sinar Harian semalam melaporkan seramai lima muka baharu yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) lalu dilantik sebagai Exco Kerajaan Kelantan pada Selasa.

Mereka ialah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra) dan Hilmi Abdullah (Guchil).

Artikel Berkaitan:

Buat julung kalinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) turut dilantik sebagai Exco iaitu Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor (Air Lanas).

Sementara itu lima Exco lama masih lagi dikekalkan iaitu Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Datuk Dr Izani Husin, Tuan Saripuddin Tuan Ismail serta Wan Roslan Wan Hamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima muka baharu dilantik Exco Kelantan

Nassuruddin angkat sumpah sebagai MB Kelantan