Lima muka baharu dilantik Exco Kelantan

Gambar dari kiri: Rohani, Mohd Asri, Zamakhshari, Kamaruddin, Hilmi
Gambar dari kiri: Rohani, Mohd Asri, Zamakhshari, Kamaruddin, Hilmi
A
A
A

KOTA BHARU - Lima muka baharu yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) lalu dilantik sebagai Exco Kerajaan Kelantan pada Selasa.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, Rohani Ibrahim; ADUN Demit, Mohd Asri Mat Daud; ADUN Apam Putra, Zamakhshari Mohamad dan ADUN Guchil, Hilmi Abdullah.

Buat julung kalinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) turut dilantik sebagai Exco iaitu Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor (ADUN Air Lanas).

Tuan Saripuddin
Tuan Saripuddin

Dr Izani
Dr Izani

Wan Roslan
Wan Roslan

Md Anizam
Md Anizam

Sementara itu lima Exco lama masih lagi dikekalkan iaitu Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Datuk Dr Izani Husin, Tuan Saripuddin Tuan Ismail serta Wan Roslan.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian di sini.

Hadir sama Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.

ARTIKEL BERKAITAN: Nassuruddin angkat sumpah sebagai MB Kelantan