Wakaf Infaq Ramadan mula diedar di IPT

Abd Rahim (dua dari kiri) diiringi Fadzilla (tiga dari kanan) menerima makanan daripada peniaga di bazar Mahkota Squere selepas merasmikan Wakaf Infaq Ramadan, di sini, semalam.
Abd Rahim (dua dari kiri) diiringi Fadzilla (tiga dari kanan) menerima makanan daripada peniaga di bazar Mahkota Squere selepas merasmikan Wakaf Infaq Ramadan, di sini, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Program Wakaf Infaq Ramadan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi (IPT) sekitar daerah.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata antara institusi menerima manfaat tersebut adalah Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, sumbangan makanan yang memasuki tahun keempat itu juga diteruskan bagi mengelak pembaziran makanan yang sering berlaku pada bulan Ramadan.

"Kita memperluaskan program ini kerana kita memahami ada pelajar yang mempunyai kekangan kewangan dan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mereka berbuka dengan juadah yang mampu mengenyangkan mereka.

"Kita juga berharap agar program ini diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi pada masa akan datang bagi membantu dan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Wakaf Infaq Ramadan di bazar Mahkota Square di sini, semalam

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Fadzilla Salleh.

Program yang mendapat kerjasama MPK dan Drugs Intervention Community (DIC) Pahang itu juga mempunyai tiga lagi lokasi pengumpulan sumbangan iaitu Kantin Rahimah di Stadium Darul Makmur. Pasar Raya Tunas Manja, Sungai Isap dan di Balok.

Menurutnya, mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh meletakkannya di khemah DIC bermula 3 petang hingga 8 malam.

Artikel Berkaitan:

"Rumah kebajikan yang menerima sumbangan itu adalah Rumah DIC Batu 5, Rumah Kanak-kanak Casa Harapan, Rumah Rawatan dan Penjagaan Wanita Casa Femina, Pusat Tahfiz Bukit Bayroute, dan Rumah Penjagaan Lelaki Casa Villa Sungai Soi,.

"Namun dari semasa ke semasa kita akan menambah lagi rumah kebajikan di daerah ini bergantung kepada makanan yang disumbangkan oleh orang ramai,"katanya.

Fadzilla menambah, program ini berjaya mendapat respons positif daripada masyarakat dan peniaga di bazar Ramadan.