Penerbangan MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa selepas cetus gangguan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SYDNEY - Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas mengganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.

Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Persekutuan Australia (AFP), lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin, lapor Xinhua.

Jika sabit kesalahan masing-masing boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda melebihi 15,000 dolar Australia (kira-kira AS$9,727).

Lelaki itu dijangka tampil di Mahkamah Tempatan Pusat Downing juga pada Selasa.

Sebuah penerbangan Malaysia Airlines berlepas dari Sydney pada kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan menuju ke Kuala Lumpur pada Isnin tetapi terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada jam 3.45 petang waktu tempatan.

"Semasa penerbangan, penumpang lelaki itu didakwa mencetuskan gangguan dan mendakwa membawa bahan letupan. AFP menahan lelaki itu tanpa sebarang insiden," menurut polis persekutuan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat MH122 terpaksa berpatah balik akibat 'gangguan' penumpang

Artikel Berkaitan:

Penumpang MH122 dipindahkan ke penerbangan seterusnya - Malaysia Airlines

Penumpang bikin kecoh dalam pesawat MAS kena tahan