Sanusi berjaya pertahan kerusi Jeneri

Sanusi (kiri) berjaya pertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri.
Sanusi (kiri) berjaya pertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri.
A
A
A

SIK - Penyandang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti selesa sebanyak 16,050 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN15) kali ini.

Sanusi memperoleh sebanyak 21,823 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang mendapat sebanyak 5,773 undi.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Jeneri, Mahamad Suhaimi Man di Pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik.

Sementara itu, calon PN bagi DUN Belantek, Ahmad Sulaiman menang dengan majoriti sebanyak 14,156 dengan jumla undi sebanyak 17,782 undi menumpaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mazli Saipi yang mendapat sebanyak 3,626 undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: