Kajian Emir Research ramal keputusan PRN 3-3

Emir Research dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan PH-BN serta blok pembangkang PN, masing-masing mampu menawan tiga negeri dalam PRN kali ini. - Gambar hiasan
Emir Research dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan PH-BN serta blok pembangkang PN, masing-masing mampu menawan tiga negeri dalam PRN kali ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Firma penyelidikan Emir Research dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) serta blok pembangkang Perikatan Nasional, masing-masing mampu menawan tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Kajian itu turut menunjukkan PH-BN dijangka menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Perikatan Nasional pula dijangka akan menawan tiga negeri lain iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Di Selangor, Emir Research menjangkakan PH-BN dijangka mampu memperoleh 35 kerusi daripada 56 kerusi.

Perikatan Nasional pula dijangka berjaya menawan 13 kerusi di negeri itu, manakala 8 kerusi lagi tidak pasti.

Di Negeri Sembilan, PH-BN diramal memperoleh 18 kerusi, manakala PN-Pas mungkin tidak akan memenangi sebarang kerusi di negeri itu. Selebihnya 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu tidak pasti.

PH-BN terus mendahului di Pulau Pinang dengan 26 kerusi, PN-Pas (7 kerusi) dan 7 kerusi DUN tidak pasti.

Di Kedah, Kelantan dan Terengganu masing-masing didahului dengan parti Perikatan Nasional dan Pas, dengan masing-masing 29 kerusi, 38 kerusi di Kelantan serta kesemua 32 kerusi di Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Kajian Emir Research itu dibuat berdasarkan data awam, rekod pilihan raya terdahulu, pangkalan data tersendiri dan model pelbagai teknik. - Awani

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!