Pilih pemimpin integriti, amanah, peribadi luhur - MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Memilih pemimpin yang mempunyai nilai integriti, amanah dan keperibadian luhur antara perkara yang digariskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerusi khutbah Jumaat yang bertajuk 'memilih pemimpin menurut kaca mata Islam'.

Menerusi khutbah itu, kepakaran, kewibawaan, kejujuran serta keikhlasan berjuang untuk menegakkan keadilan serta kebenaran perlu diberikan perhatian dalam memilih calon pemimpin yang berkualiti.

Pada masa sama, pemimpin yang berupaya mengeluarkan manusia daripada kebodohan dan kejahilan kepada kecerdikan serta kecerahan, memberi petunjuk kepada manusia jalan yang lurus dan paling benar, mengeluarkan manusia dari kesusahan dan kesengsaraan kepada kesenangan serta kegembiraan perlu dipilih.

Selain itu, khutbah Jumaat MAIK turut menggariskan, memilih pemimpin mestilah ikhlas kerana ALLAH SWT.

"Ia merujuk kepada memilih pemimpin mestilah diniatkan untuk mencari keredaan ALLAH dan pemimpin yang dipilih kelak diharap dapat bekerja ke arah melahirkan masyarakat yang beriman, taat dan patuh kepada syariat serta menjaga sumber alam semula jadi dengan aturan ALLAH," katanya.

Menurut khutbah itu lagi, istikharah merujuk kepada memohon petunjuk dari ALLAH untuk memilih pemimpin.

Ujarnya, hal ini bagi menentukan siapakah yang paling baik daripada kalangan pemimpin yang terbaik, seterusnya tidak memilih pemimpin berdasarkan kepada hawa nafsu.

Perkara itu terkait dengan kecintaan kepada sesuatu secara berlebihan-lebihan dan melampau sehingga membawa kepada kecintaan itu menguasai hatinya.

Artikel Berkaitan:

Kecintaan melampau sering kali cenderung membawa kepada seseorang melanggar hukum ALLAH.