Pemain Kelantan FC bakal dapat bonus kemenangan

Norizam memaklumkan bahawa Sani Express akan memberikan bonus kemenangan kepada pemain The Red Warriors (TRW). (Gambar kecil: Norizam)
Norizam memaklumkan bahawa Sani Express akan memberikan bonus kemenangan kepada pemain The Red Warriors (TRW). (Gambar kecil: Norizam)
A
A
A

KEJAYAAN Kelantan FC mengakhiri kemarau kemenangan Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan pada Rabu menghadirkan perkhabaran gembira.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, memaklumkan bahawa Sani Express akan memberikan bonus kemenangan kepada pemain The Red Warriors (TRW).

“Terima kasih Sani Express kerana berbesar hati memberikan bonus kemenangan kepada pemain TRW Kelantan FC. Hidup Sani Express.

“Terima kasih sahabat saya tuan Iskandar Sani yang berbesar hati nak bagi bonus kepada pemain.

“Saya juga bagi bonus kepada pemain mengikut kemampuan kami. Semoga perlawanan seterusnya lebih baik. Terima kasih semua TRW Fans. GKG!!#Bosszam #JalanTerus,” tulis Norizam di laman Facebooknya pada Khamis.

Difahamkan, syarikat perkhidmatan bas, Sani Express Sdn Bhd merupakan penaja pengangkutan buat pasukan Kelantan FC.

Kelantan FC melakar kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan pada Rabu.
Kelantan FC melakar kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan pada Rabu.

Kerjasama strategik itu difahamkan melibatkan perjalanan semua perlawanan termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, latihan pra musim, perlawanan persahabatan dan klinik bola sepak.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, anak buah Alfredo Vera menghadirkan tiga mata kedua musim ini buat Kelab Pantai Timur itu selepas menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu,

Dua gol jaringan tonggak import dari Argentina, Leonardo Rolon pada minit kedua dan minit ke-30 sudah cukup menghadirkan mata kelapan selepas 19 perlawanan.

Kali terakhir Kelantan meraih tiga mata adalah ketika menewaskan Penang FC, 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV pada 5 Mac lalu.