Amirudin hantar surat tuntutan kepada Sanusi

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Amirudin berkata, surat dihantar jam 7.36 malam Rabu itu berikutan fitnah disampaikan Muhammad Sanusi dalam satu ucapan pada 2 Ogos lalu.

"Muhammad Sanusi telah memfitnah antara lain bahawa saya memberikan tanah negeri secara percuma kepada syarikat swasta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Amirudin memberitahu, surat disampaikan itu menuntut Muhammad Sanusi dalam tempoh 48 jam menarik balik dan meminta maaf kenyataan fitnah tersebut.

"Selain itu, (Muhammad Sanusi) memberi jaminan bahawa fitnah itu tidak diulang dan membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu menjejaskan institusi Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri," ujar beliau.

Amirudin menegaskan, sekiranya Muhammad Sanusi gagal berbuat demikian, beliau terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah.

Sinar Harian pada 4 Ogos lalu melaporkan, Amirudin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi berkait satu kenyataan fitnah dalam ucapan pada Majlis Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah.

Artikel Berkaitan: