Sembilan bot pelancong di Kota Belud ditahan langar syarat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak sembilan bot pelancong ditahan dalam Op Gelora di antara perairan Sungai Rampayan Laut dan perairan Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam, atas pelbagai kesalahan.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bertindak atas maklumat orang ramai, pihaknya menjalankan operasi di kawasan berkenaan bermula pukul 10 pagi.

"Hasil pemeriksan, sembilan bot pelancong didapati melakukan pelbagai kesalahan, antaranya alat pemadam api telah tamat tempoh, membawa lebihan penumpang dan gagal memaklumkan pertukaran juragan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Pajeri berkata bot pelancong itu ditahan dan dibawa untuk dirujuk kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pengusaha bot pelancong di perairan Sabah agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan supaya tidak menjejaskan industri pelancongan negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: