Jemaah Menteri, MP disaran saring kesihatan setahun sekali

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2023 di Auditorium KKM hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2023 di Auditorium KKM hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Anggota Jemaah Menteri dan ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, perkara itu turut diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat kabinet hari ini, susulan mengambil ikhtibar pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

"Contohnya baru ni apa yang berlaku kepada Allahyarham (Salahuddin), kita memperingatkan kepada semua ahli Parlimen untuk menjaga kesihatan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam 23 Julai, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada semua kakitangannya tahun ini, untuk memastikan mereka dilindungi daripada jangkitan virus itu.

"Kita tengah menunggu untuk pembelian influenza vaksin,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai

'Salahuddin paling istimewa di hati saya - Hannah

Salahuddin gigih bantu rakyat hingga akhir hayat - Ahmad Maslan

Salahuddin pejuang kos sara hidup rakyat - PM

Salahuddin maafkan semua orang sebelum tidur - Tze Tzin