Pentadbiran Terengganu kekal di Wisma Darul Iman

Wisma Darul Iman
Wisma Darul Iman
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan kekal di Wisma Darul Iman dan tidak akan berpindah ke Kompleks Menara Darul Iman sebagaimana yang dirangka sebelum ini.

Menurutnya, keputusan baharu yang diambil itu dapat menjimatkan antara RM30 hingga RM40 juta selain dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan bagi projek berkenaan.

Kompleks Menara Darul Iman yang kini dalam pembinaan.
Kompleks Menara Darul Iman yang kini dalam pembinaan.

“Projek pembinaan Kompleks Menara Darul Iman akan diteruskan, namun, Pejabat Menteri Besar dan lain-lain yang ada di sini (Wisma Darul Iman) tidak akan dipindahkan ke lokasi itu.

“Menara itu milik Majlis Bandar raya Kuala Terengganu (MBKT) dan lain-lain agensi yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Ditanya tempoh pembinaan projek itu, katanya, beliau berharap projek yang terletak di Muara Selatan Kuala Terengganu City Center (KTCC) itu ia dapat disiapkan akhir tahun ini.

Pembinaan Projek Kompleks Menara Darul Iman setinggi 30 tingkat yang bermula pertengahan 2017 di Kampung Tanjung, di sini membabitkan kos peruntukan sebanyak RM210 juta.

Skop asal projek di atas tanah berkeluasan 2.2 hektar itu berkonsepkan moden dan klasik dengan dilengkapi bilik rehat di raja, kafe, taska, surau, gimnasium, bilik jamuan dan bilik gerakan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ia juga dilengkapi kemudahan dewan bankuet berkapasiti 900 tetamu, auditorium (750 tetamu), ruangan pejabat yang boleh menempatkan 1,000 kakitangan dan hampir 700 ruang tempat letak kenderaan.