Bank Rakyat raikan ulang tahun ke-17 Sinar Harian

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Zamri Rambli (dua dari kiri) menerima pemberian pulut kuning sempena Ulang Tahun ke-17 Sinar Harian daripada Naib Presiden Komunikasi dan CSR Bank Rakyat, Nizam Abu Samah (tengah) bersama Eksekutif Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Aznur Atiqah Maryam Aziz.

A
A
A

SHAH ALAM - Sempena meraikan Ulang Tahun ke-17 Sinar Harian, Bank Rakyat menghadiahkan pulut kuning sebagai tanda penghargaan kerjasama antara kedua-dua pihak selama ini.

Kunjungan ke Pejabat Kumpulan Media Karangkraf yang diketuai Naib Presiden Komunikasi dan CSR Bank Rakyat, Nizam Abu Samah disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Zamri Rambli.

Sinar Harian mula diterbitkan pada 1 Julai 2006 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan menjadi akhbar Bahasa Melayu terlaris di Malaysia serta kekal unggul sehingga kini.

Bank Rakyat berkata, jalinan kerjasama yang baik dengan media diharapkan akan terus terjalin pada masa hadapan.

Tambahnya, pemberian itu sebagai tanda menghargai hubungan baik bersama media.