'Tahun lepas empat kali kampung kami dilanda banjir'

Rizam dan Sawiah meninjau parit yang sering mengakibatkan limpahan banjir di Kampung Batu 38 Baroh di sini pada Isnin.
Rizam dan Sawiah meninjau parit yang sering mengakibatkan limpahan banjir di Kampung Batu 38 Baroh di sini pada Isnin.
A
A
A

SABAK BERNAM - Penduduk Kampung Batu 38 Baroh di sini merayu kerajaan membina pam air bagi menangani kekerapan banjir kilat di kawasan itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Penduduk mendakwa, kejadian banjir mengakibatkan kira-kira 30 rumah di kawasan rendah di kawasan itu mengalami 'banjir termenung' hingga memakan masa lama untuk surut.

Seorang penduduk, Sawiah Dolah Sadari, 44, berkata, banjir bukan sahaja mengakibatkan kerosakan perabot dan harta benda tetapi mengundang keresahan.

"Saya sendiri akui apabila banjir banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk menggantikan perabot rosak," katanya ketika ditemui pada Program Isu Penyelesaian Rakyat calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.

Sawiah berkata, satu mekanisme perlu diambil termasuk pembinaan pam untuk mengeluarkan air daripada 'sebu' di dalam parit.

Jelasnya, parit di hadapan rumah penduduk mudah melimpah ke kediaman lebih-lebih lagi setiap kali hujan berterusan.

"Banjir termenung di kampung ini memang merisaukan kerana lambat surut walaupun cuaca tidak lagi hujan

"Apabila hujan dalam tempoh lama, hati saya menjadi gelisah kerana bimbang bah sama berulang," jelasnya.

Mohamed Abdul Majid, 79, memberitahu, limpahan banjir berlaku akibat pertembungan air parit di beberapa kampung di kawasan berhampiran.

Jelasnya, penduduk amat berharap agar pembinaan pam air baharu bagi membantu menyelesaikan masalah limpahan berkenaan.

"Saya berharap kerajaan negeri dapat menyediakan pam air yang dapat membuang lebihan air parit ke Sungai Bernam," ujarnya.

Mohd Roszaini abdul Ghafoor, 42, berkata, tahun lalu sahaja sebanyak empat kali banjir melanda kampung berkenaan.

Ujarnya, kejadian itu merungsingkan penduduk dan berharap ADUN dipilih dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat tersebut.

"Kami memang berharap isu ini dapat diselesaikan dan diberi perhatian serius kerana tidak mahu masalah sama terus berulang," jelasnya.

Sementara itu, Rizam yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan akan membawa masalah penduduk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, antara cadangan yang dibawa itu termasuklah pembinaan pam air di kampung tersebut kepada

"Sebelum ini, kita telah melaksanakan langkah menaik taraf sistem perparitan yang dilihat dapat mengurangkan kekerapan banjir.

"Namun, saya mahu banjir tidak lagi berlaku dan membantu penduduk yang bukan saja kemusnahan harta benda malah tanaman mereka," tambah beliau.