Mahkamah Israel bebaskan pembunuh wanita Palestin di Tebing Barat

Aisha, (dua dari kiri) ibu kepada lapan anak meninggal dunia berhampiran Rechelim yang terletak berhampiran kampungnya di Bidiya, di utara Tebing Barat.
Aisha, (dua dari kiri) ibu kepada lapan anak meninggal dunia berhampiran Rechelim yang terletak berhampiran kampungnya di Bidiya, di utara Tebing Barat.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Remaja Yahudi yang disabit bersalah menyebabkan kematian seorang wanita Palestin di Tebing Barat dalam kejadian tahun lalu dibebaskan bagi menjalani tahanan dalam rumah.

Mahkamah Israel di Baitulmaqdis membuat keputusan itu terhadap suspek berusia 16 tahun yang identitinya terpaksa dirahsiakan.

Suspek turut diarah memakai gelang buku lali elektronik dan dipantau oleh dua penjaga dewasa selama 24 jam setiap hari dalam seminggu.

Pelajar sekolah Pri Haaretz di penempatan haram Rechelim itu turut dilarang untuk berhubung dengan orang luar melainkan ahli keluarga sendiri.

Pada Januari lalu, pendakwa raya Israel mendakwa remaja terbabit dengan tuduhan pembunuhan dan vandalisme.

Serangan itu bermotifkan ideologi perkauman dan permusuhan terhadap orang Arab.

Aisha Rabi, 48, meninggal dunia akibat terkena batu yang dilontarkan ke arah kereta dinaiki bersama keluarganya pada 12 Oktober lalu.

Berikutan itu, lima remaja Yahudi ditahan, tetapi empat daripada mereka dibebaskan bagi menjalani hukuman tahanan dalam rumah.

Artikel Berkaitan:

Beliau maut akibat kecederaan di kepalanya, manakala suaminya hanya mengalami cedera ringan. - Agensi