PRN: Dua calon wanita taruhan PN-Pas di Kelantan

Dua calon wanita PH iaitu Rohani (kanan) dan Nor Asilah.
Dua calon wanita PH iaitu Rohani (kanan) dan Nor Asilah.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua calon wanita diketengahkan oleh Perikatan Nasional (PN) daripada Pas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan yang akan diadakan 12 Ogos ini.

Mereka ialah Rohani Ibrahim juga penyandang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Mas dan calon muka baharu, Nor Asilah Mohamed Zain yang diletakkan di DUN Limbongan.

Nor Asilah ialah graduan lulusan luar negara dan kini berkhidmat sebagai ustazah di Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah di Pasir Puteh.

Sementara itu, di DUN Demit yang disandang oleh Datuk Mumtaz Mat Nawi diletakkan calon Mohamad Asri Daud iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Untuk rekod, Rohani menyandang DUN Tanjung Mas sejak tahun 2004 dan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau mengalahkan Madihah Ab Aziz iaitu calon dari Barisan Nasional (BN)-UMNO yang meraih 4,945 undi sementara Dr Hafidzah Mustakim calon Pakatan Harapan (PH) - Parti Amanah Negara (Amanah) kalah dengan 6,139 undi.

Rohani mewakili Pas pada PRU14 tahun 2018 itu, menang dengan 13,154 undi yang diraih 7,015.

Mereka antara 45 calon yang diumumkan Ahmad pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU DUN ke-15 PH di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Senarai calon PN di Kelantan

PRN: Dua calon wanita taruhan PN-Pas di Kelantan

PRN: Tiada nama Annuar Musa di Kelantan

PRN: Penyandang kerusi DUN Gual Periok sah digugurkan

PRN: Nik Abduh tidak dicalonkan

Pas beri amaran ambil tindakan musuh dalam selimut

'Yakin bulan purnama di Kelantan'

Islamofobia, isu kalimah ALLAH faktor rakyat pilih Pas