PRN: Penyandang kerusi DUN Gual Periok sah digugurkan

Gambar kecil: Mohamad Awang
Gambar kecil: Mohamad Awang
A
A
A

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok, Datuk Mohamad Awang sah digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengesahan itu dibuat menerusi pengumuman calon pada Majlis Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.

Pada PRN kali ini Mohamad akan digantikan oleh muka baharu iaitu Kamaruzaman Mohamad yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Kamaruzaman
Kamaruzaman

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, beberapa penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok sepakat menurunkan bendera parti itu selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Awang atau Ustaz Mad dilaporkan tidak tercalon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Wakil penyokong, Zakaria Omar, 60, berkata, tindakan itu sebagai tanda protes selepas tokoh berkenaan dikatakan bakal diganti oleh calon yang berada di luar Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Senarai calon PN di Kelantan

PRN: Dua calon wanita taruhan PN-Pas di Kelantan

PRN: Tiada nama Annuar Musa di Kelantan

PRN: Penyandang kerusi DUN Gual Periok sah digugurkan

PRN: Nik Abduh tidak dicalonkan

Pas beri amaran ambil tindakan musuh dalam selimut

'Yakin bulan purnama di Kelantan'

Islamofobia, isu kalimah ALLAH faktor rakyat pilih Pas