'Jangan cari pasal dengan Wanita ini'

- Gambar hiasan Foto Astro Awani
- Gambar hiasan Foto Astro Awani
A
A
A

SAMA ada dalam atau luar kerajaan, sayap Wanita UMNO adalah tulang belakang parti.

Operasi kempen rumah ke rumah mereka adalah terbaik dan ia merupakan salah satu sebab utama mengapa UMNO begitu dominan berdekad-dekad lamanya.

Ia memastikan UMNO sentiasa berhubung dengan akar umbi. Walaupun ia tidak boleh menghalang kekalahan pada 2018, kekuatan berpanjangan operasi Wanita adalah jelas semasa kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini mengalahkan Pakatan Harapan (PH).

Wanita yang bekerja dalam pasukannya adalah yang tegar; mereka mencurahkan hati dan jiwa mereka ke dalam parti.

Mereka secara fizikal keletihan di hujung kempen 2018 dan selepas keputusan diumumkan, perasaan mereka hancur berderai.

Kekalahan itu bergema ke seluruh parti. Malah Wanita UMNO pun goncang.

Setahun lalu, mereka amat bersemangat semasa menjelang PRU14. Kini, mereka masih begitu, tetapi atas sebab berlainan.

Nampaknya terdapat jurang yang dilahirkan dalam pasukan mereka. Satu kumpulan mahukan parti dibina semula, sementara yang lain masih obses dengan menyalahkan kuasa-kuasa luar yang menyebabkan kekalahan itu.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Ceritalah duduk dengan Kak Yeni, yang berusia 56 tahun, salah seorang daripada dua bendahari bagi cawangan UMNO Teluk Datok. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan itu bagi tiga pilihan raya."Saya masih mahu (menjunjung) (ideologi): Melayu, Islam dan Raja."

Seperti kebanyakan ahli UMNO, beliau merasakan bahawa apabila Barisan Nasional (BN) kalah, 'jati diri' beliau juga hilang.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa UMNO perlu kuatkan diri sendiri dari dalam. Jika ia bermakna menggantikan jawatan tinggi dengan darah baharu --- teruskanlah.

"Mereka ada otak dan sepatutnya berada di atas. Kami akan sokong. Mereka mempunyai idea-idea hebat. Bagaimanapun tidak semua ahli politik 'tua' patut diganti --- hanya mereka yang negatif dan bersalah.

Apabila ditanya mengenai fikirannya terhadap bekas Perdana Menteri, beliau teragak-agak. "Saya suka beliau tetapi pada waktu sama, saya tidak. Saya masih menunggu (keputusan akhir mahkamah)."

Ini adalah berbeza dengan sebahagian ahli Wanita UMNO yang sedikit rasa diserang, mereka berasakan bahawa mereka menjadi sasaran satu kempen fitnah oleh PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mereka berjaya mempengaruhi persepsi (terhadap parti) di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya anak muda."

"Parti kami tidak melakukan kesalahan kerana UMNO memperjuangkan tiga perkara ini: Agama, Bangsa dan Tanah Air."

Sentimen ini dinyatakan oleh Cik Noor Bee, seorang pesara guru dan telah menjadi ahli jawatan kuasa UMNO selama hampir 40 tahun.

Beliau juga mendakwa bahawa hanya segelintir orang yang meninggalkan parti itu selepas PRU14 dan ada penambahan keahlian baharu..

"Saya baru-baru ini telah membawa masuk 2 ahli," katanya bangga.

Sungguhpun perbezaan mereka... satu perkara dua kumpulan itu boleh setuju adalah bahawa pakatan UMNO-Pas telah dengan besar menguatkan bekas parti kerajaan itu dan ia adalah selaras dengan kehendak agama.

"Itulah yang saya mahu, saya tidak ada masalah dengannya" kata Kak Yeni.

Lagipun. pasangan itu tidak hilang harapan. Mereka kedua-duanya mencari jalan untuk memperbaikinya dan melakukan segala usaha yang boleh bagi memastikan UMNO, bersama MCA, MIC dan kini Pas mencampak keluar PH dalam pilihan raya akan datang.

Jika saya salah seorang pemimpin Pakatan, saya tidak akan mahu mencari pasal dengan wanita-wanita ini.

Dalam siri ini - Malaysia Kini dan Dulu -- Karim dan Pasukan Ceritalah bertemu kembali orang Malaysia biasa yang mereka jumpa dan interviu sebelum 9 Mei 2019 yang bersejarah untuk melihat bagaimana keadaan telah berubah sejak dua belas bulan lalu.