Jangan propa nak bertanding tapi tak jadi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RAKYAT di enam negeri akan membuat pilihan siapa Ahli Dewan Undangan Negeri pada 12 Ogos 2023. Yang Berhormat inilah yang akan mewakili suara mereka nanti untuk tempoh 5 tahun.

Walaupun mutakhir ini, pilihan raya beberapa negeri di Malaysia dilihat terpisah dengan pilihan raya umum yang sebelum ini dilaksanakan serentak dengan Parlimen.

Namun ia tidak menjadi halangan buat sistem demokrasi negara dan rakyat tetap bebas membuat pilihan tanpa sebarang sekatan oleh pihak berkuasa.

Proses seperti penamaan calon tetap berlaku seperti biasa, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 29 Julai ini sebagai hari penamaan calon dan proses buang undi pada dua minggu seterusnya iaitu 12 Ogos 2023 nanti.

Hanya PH-BN dan PN yang ada dalam gelanggang dan menjadi tumpuan.

Tapi kelibat calon bebas mungkin ada warnanya. Mungkin akan ada tokoh korporat, anak tempatan, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi calon nanti. Mereka juga ada kekuatan tersendiri dan berharap mampu membawa perubahan kepada masyarakat setempat.

Sesiapa sahaja boleh menjadi calon untuk bertanding, asalkan ada modal dan jentera untuk memancing undi.

Setakat ini Merak Jalanan belum nampak lagi calon-calon bebas yang tampil tawarkan diri untuk bertanding di enam negeri nanti.

Tapi tak salah mencuba dan untung nasib timbul, untung batu tenggelam. Manalah tahu dapat menjadi ADUN di salah satu daripada 245 DUN yang akan dipertandingkan nanti.

Cuma pada Merak Jalanan nak ingatkan calon-calon ini, sebelum bertanding nanti tengok-tengoklah sikit cermin dulu, sesuai atau tidak mengambil bahagian pada masa ini.

Jangan kerana terlalu ghairah untuk menjadi calon, undi berpecah dan calon bukan pilihan 'menang nasib.'

Jangan propa nak bertanding sebab nak popular. Maklumlah inilah masa untuk tonjolkan diri, satu Malaysia boleh kenal!