Kerja pembinaan terowong punca mendapan tanah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Alexander (empat dari kiri) bergambar semasa meninjau tapak projek Lebuhraya Pesisiran Barat (WCE) Seksyen 6, Assam Jawa pada Rabu.
Alexander (empat dari kiri) bergambar semasa meninjau tapak projek Lebuhraya Pesisiran Barat (WCE) Seksyen 6, Assam Jawa pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Siasatan awal mendapati punca tanah mendap di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) disebabkan kerja-kerja pembinaan terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja menimbus mendapan konkrit telah dilaksanakan sejak Selasa.

"Saya telah ke tempat kejadian dan melihat apa yang berlaku di sana dan berpuas hati kerana kerja-kerja menimbus mendapan telah dibuat dengan cepat," katanya ketika ditemui pada Majlis Lawatan Tapak Lebuhraya Pesisiran Barat (WCE) Seksyen 6, Assam Jawa di sini pada Rabu.

Sementara itu, dalam kenyataan JKR memaklumkan, runtuhan terowong 2 ECRL itu mengakibatkan mendapan tanah yang berada 13 meter atas permukaan terowong di laluan arah Timur lebuh raya berkenaan.

Menurut kenyataan itu, bagi pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama pihak terlibat.

"Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian," jelas kenyataan itu.

Kejadian mendapan tanah menyebabkan penutupan kedua-dua arah di KM 66.1 kira-kira jam 8 malam Rabu.

LLM dalam kenyataan dimuat naik di Twitter memaklumkan, penutupan itu menyebabkan trafik sesak di kedua-dua arah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

MRL ambil perhatian serius isu tanah mendap di Lebuhraya KL-Karak

Laluan KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak dibuka semula 7 malam ini