Muda, PSM tak setuju Akta Hasutan terhadap Sanusi

Syed Saddiq (kiri) dan Micheal.
Syed Saddiq (kiri) dan Micheal.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak bersetuju Akta Hasutan digunakan untuk menahan dan mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.

Melalui kenyataan bersama Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PSM, Michael Jeyakumar Devaraj, pihak terlibat turut menggesa supaya akta berkenaan dimansuhkan.

Kedua-duanya berpendapat, ini kerana sudah ada peruntukan lain untuk menguruskan isu-isu berbangkit yang berkait dengan perihal tersebut.

"Pertamanya kami menolak kenyataan yang dibuat Sanusi, ia amat tidak matang dan dangkal yang dibuat di atas pentas ceramah politik. Muda dan PSM menjunjung Perlembagaan Persekutuan menjadi batu asas kepada sistem demokrasi Malaysia.

"Bagaimanapun, kami menolak akan penggunaan Akta Hasutan ke atas beliau, serta memanggil untuk akta ini dimansuhkan," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Sanusi didakwa mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja pada jam 11 malam, 11 Julai lalu di simpang empat Taman Selayang Mutiara.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tambah kenyataan itu, Akta Hasutan perlu dimansuhkan selari dengan janji reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Ujarnya, Kerajaan Madani yang ditunjangi PH telah lama memperjuangkan untuk memansuhkan akta itu, malah ia tertulis dalam manifesto mereka.

"PH tidak boleh menjadi idealis hanya ketika dalam pembangkang kemudian meninggalkan prinsip bila mendapat kuasa. Muda dan PSM sekali lagi memanggil untuk akta hasutan dimansuhkan.

"Satu undang-undang baharu boleh digubal sekiranya perlu, dengan mengadakan perbincangan dan melibatkan semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan," jelasnya.

Menurut kenyataan tersebut, akta yang bersifat 'draconian' dan lapuk itu mula digubal oleh penjajah British untuk mengekalkan kuasa mereka wajar dimansuhkan.

"Malah United Kingdom sendiri telah memansuhkan akta ini di negara mereka sejak tahun 70-an.

"Selain itu, kami turut ingin mempersoalkan tindakan menahan Sanusi pada jam 3 pagi, sedangkan beliau boleh sahaja diarahkan untuk hadir sendiri sama ada ke balai polis atau mahkamah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah