Tindakan polis tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar - Tze Tzin

Tze Tzin, Laporan Sinar Harian pada Selasa
Tze Tzin, Laporan Sinar Harian pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada jam 3 pagi Selasa di sebuah hotel di ibu negara disifatkan tidak wajar.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, prosedur operasi standard (SOP) tangkapan polis perlu dijalankan dengan lebih baik dan bukannya dilaksanakan tengah malam.

Justeru, ia wajar dikaji semula sejajar dengan prinsip Malaysia Madani yang didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ceramah Sanusi celupar, hina institusi raja, memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum. Beliau harus disiasat, jika bukti kukuh, harus didakwa.

"Bagaimanapun, tangkapan pada jam 3 pagi bukanlah satu tindakan wajar memandangkan Sanusi seorang Menteri Besar. Beliau bukan suspek yang akan melarikan diri, penangkapan boleh dijalankan awal pagi atau petang," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan polis kira-kira jam 3 pagi Selasa sebelum dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Beliau didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Tze Tzin menegaskan negara mempunyai proses perundangan yang akan menentukan nasib Muhammad Sanusi.

"Negara ini mempunyai perundangan yang lengkap. Yang salah disiasat pihak berkuasa, bukti kukuh Peguam Negara akan mendakwa.

"Kalau dibukti bersalah di mahkamah, hukuman akan dijatuhkan. Itu proses perundangan," jelasnya.

Beliau turut memberitahu agar semua pihak harus menghormati institusi bidang kuasa PDRM yang professional.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah