'Tak patut tahan Sanusi jam 3 pagi, dia bukan pelarian' - Ahmad Samsuri

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

MARANG - Penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bagi membolehkan proses perundangan dijalankan ke atasnya tidak menjejaskan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak menghormati tindakan yang diambil terhadap Pengarah Pilihan Raya PN itu malah tiada bantahan besar-besaran dibuat berhubung isu berkenaan.

"Saya rasa ia tidak akan memberi kesan (kepada PRN). Insya-ALLAH kerana kita akan lihat bagaimana sebutan kes itu dibuat.

"Kalau dilihat juga tidak ada sebarang perhimpunan besar-besaran berkenaan isu itu sebagaimana yang dibimbangkan sesetengah pihak sehingga ada yang buat (keluarkan kenyataan) joke (lawak) hanya ramai jurukamera sahaja (di mahkamah)," katanya.

Ahmad Samsuri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan dan proses perundangan yang dilalui Sanusi.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan Kompleks Sekolah Menengah (SM) IMTIAZ Yayasan Terengganu Marang di Kampung Tok Muchong, di sini pada Selasa.

Ahmad Samsuri bagaimanapun berkata, penahanan terhadap Muhammad Sanusi pada jam 3 pagi tidak patut dilakukan kepada pemimpin itu.

"Beliau (Sanusi) dah dijadualkan ke mahkamah pagi ini, tapi pergi ambil dia jam 3 pagi tu saya rasa tidak seharusnya dibuat. Dia bukan pelarian yang nak lari ke mana-mana.

"Beritahu sahaja jam berapa nak kena hadir di mahkamah, jam 8 pagi, 8 pagilah kena hadir. Jam berapa kena hadir di balai polis, kami pimpinan-pimpinan akan hadir, tak akan lari ke mana-mana.

"Jadi kenapa perlu dipegang, ditahan dan dibawa jam 3 pagi, "ujar beliau.

Awal pagi Selasa, Sanusi dilaporkan ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara sebelum dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira jam 2.30 pagi.

Sanusi ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A, di hotel berkenaan.

Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik pasukan polis diiringi kenderaan polis lain ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah